ada masa;
kau akan rasa kau cukup kuat untuk tempuh semua benda.
rasa macam semangat tu membara dalam diri.
kalau ada taufan ribut melanda sekalipun,
takkan mungkin kau akan jatuh.
sebab kau dah tekad
"aku kuat."
"dugaan. aku kena sabar"
"hati kena kental. baru lejen"
"aku takkan SESEKALI menangis"
--- tapi.
siapalah kita sebenarnya.
cuma insan lemah.
hamba yang hina dihadapan yang Maha Esa.
sekental mana pun hati kau,
sekeras batu sekalipun hati kau
kalau sudah ditolak jatuh
rebah ke bumi
orang sekeliling cuma mampu pandang dan toleh
kau yang dulu dulunya ----------
tekadnya kuat. semangatnya besar.
janjinya takkan menangis lagi.
akan kembali jua
menjadi insan yang lemah.
mohon aku diberi kekuatan menghadapi hari dan dugaan yang mendatang;
dan andai aku jatuh--------
aku mohon agar Kau memberikan aku kekuatan ya Allah.
kerana sesungguhnya,
aku adalah hambamu yang lemah